Saturday, June 13, 2026

Bantuan Awal Persekolahan diagih mulai 13 Januari – KPM

Mesti Baca

BANTUAN Awal Persekolahan (BAP) akan diagih kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula 13 Januari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan berkata, bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksana mulai 16 Februari manakala murid Tingkatan 6 baharu diagih mulai 1 Julai.

“Kerajaan MADANI memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid.

“Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6,” kata KPM dalam kenyataan hari ini.

KPM berkata, agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan tiga kaedah iaitu serahan  tunai kepada ibu bapa bagi murid sekolah rendah atau ibu bapa/murid bagi sekolah menengah.

Katanya, agihan juga boleh disalur melalui pengkreditan ke akaun bank murid atau akaun ibu bapa.

“Imisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang,” kata KPM. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan