26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Kadar literasi keselamatan jalan raya belum capai tahap tertinggi

Nahas jalan raya juga turut membawa kepada implikasi negatif kepada tahap efisiensi sistem pengangkutan jalan raya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KADAR literasi keselamatan jalan raya dalam komuniti jalan raya di negara ini masih belum mencapai tahap tertinggi yang boleh dibanggakan.

Keadaan itu secara tidak langsung menjadi kebimbangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ditambah pula melihat kepada kadar kematian sebanyak 119 pengguna jalan raya telah direkodkan sepanjang pelaksanaan Ops Selamat Tahun Baru Cina pada tahun 2022.

Justeru, menjadi harapan beliau agar pada tahun ini, sifar kematian dapat direkodkan.

Katanya, berdasarkan statistik pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), bermula Januari hingga Disember 2021, sebanyak 370,286 nahas jalan raya telah direkodkan dengan 4,539 kematian.

“Manakala, bermula Januari hingga September 2022, sebanyak 402,626 nahas jalan raya telah direkodkan dengan 4,379 kematian.”

“Selain daripada itu, berdasarkan data Ops Selamat daripada pihak
Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sebanyak 11,325 kes kemalangan
jalan raya, dengan sebanyak 108 kes kemalangan maut dan 119 kes
kematian telah direkodkan di sepanjang tempoh pelaksanaan Ops
Selamat Tahun Baru Cina pada tahun 2022, lalu

“Setiap nahas jalan raya yang berlaku pada hari ini bukan sahaja akan
menimbulkan risiko kecederaan atau kematian yang akan mencetus
kerugian ekonomi yang amat tinggi (RM3.12 juta / orang), namun turut
membawa kepada impak kewangan yang amat tinggi bagi tujuan
pembaikan infrastruktur, bayaran pampasan, kos perubatan dan lainlain kos,”katanya dalam sidang media di sini.

Terdahulu beliau bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hadir pada Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Perayaan Tahun Baru Cina 2023 di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, hari ini.

Advertisements

Anthony berkata, nahas jalan raya juga turut membawa kepada implikasi
negatif kepada tahap efisiensi sistem pengangkutan jalan raya (seperti
kesesakan lalu lintas, kehilangan masa, pembaziran sumber
kewangan), yang mutakhirnya akan menjana kesan negatif kepada
aspek kemajuan sosio-ekonomi dan pembangunan negara, amnya.

“Isu nahas jalan raya di negara kita bukanlah suatu perkara yang
baharu, malah kadar nahas jalan raya yang masih lagi di tahap yang
membimbangkan ini telah mendorong pihak Kerajaan amnya dan Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khasnya, menggarap pelbagai inisiatif dan kempen keselamatan jalan raya bagi menurunkan statistik kemalangan jalan raya di negara ini.

“Dalam hal ini, MOT melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, agensi-agensi Kerajaan dan Syarikat Swasta serta badan-badan NGO telah terlibat dalam mengambil inisiatif untuk terus komited bagi melaksanakan “Ops Bersepadu & Kempen Keselamatan Jalan Raya”, pada tahun ini.

“Kali ini ia menekankan empat (4) program utama, iaitu Program
Pendidikan Dan Advokasi, Penguatkuasaan, Pencegahan dan
Pemantauan Serta Penilaian,”katanya.

Menurut beliau, program-program ini merupakan satu usaha berterusan Kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya, serta mengawal selia pergerakan kenderaan bagi mengurangkan
kesesakan lalu lintas, khususnya pada musim perayaan di negara ini.

“Sejajar dengan hasrat utama tersebut, kempen pada tahun ini masih
mengekalkan tema yang sama iaitu “Pandu Cermat, Sampai
Selamat”.

“Tema ini dipersetujui untuk dikekalkan supaya ianya mudah
diingati dan dihayati oleh semua pengguna jalan raya. Kempen ini akan
diadakan secara serentak oleh semua Jabatan dan Agensi Kerajaan dan
pihak swasta, yang terlibat bermula daripada 18 hingga 28 Januari
2023,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan