28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Kes demam denggi meningkat 13.6% minggu epidemiologi 2

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes denggi pada minggu epidemiologi (ME) kedua tahun ini (ME2/23) iaitu dari 8 Jan hingga 14 Jan meningkat sebanyak 301 kes atau 13.6 peratus kepada 2,520 kes berbanding 2,219 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME2/23.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga minggu kedua 2023 adalah 4,739 kes berbanding 1,429 kes dalam tempoh sama pada 2022, iaitu meningkat sebanyak 231.6 peratus, dengan dua kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding sifar kematian bagi tempoh sama pada 2022,”katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, 67 lokaliti hotspot dilaporkan pada ME2/23 berbanding 69 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya, melibatkan 40 lokaliti di Negeri Selangor, 15 lokaliti di Sabah, enam di Pulau Pinang, lima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta satu lokaliti di Perak.

Baca juga:   Kos haji dijangka meningkat kepada lebih RM25,000 tahun ini

Sementara itu survelan chikungunya kata beliau, telah merekodkan 11 kes pada ME2/23 dengan lima kes di Pulau Pinang, tiga kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Kedah, Perak serta Negeri Sembilan; dan jumlah kumulatif kes chikugunya sehingga kini adalah 36 kes.

“Bagi survelan zika, 46 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya. – BERNAMA

Baca juga:   Masjid Nabawi adakan semula buka puasa beramai-ramai

Wartawan

Terkini

Denda hingga RM1 juta import, eksport hidupan liar tanpa permit

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan...

Lagi Artikel Berkaitan