25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Wang bantuan lesap : Mungkin ada penglibatan ‘orang dalam’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS tidak menolak kemungkinan terdapat unsur kecuaian atau penglibatan ‘orang dalam’ kejadian samun wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank berlaku semalam.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenalpasti suspek terlibat kejadian samun di Pekan Semenyih itu.

“Buat masa ini kita teruskan siasatan dengan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti individu yang keluar masuk dari bank berkenaan.

“Kita akan siasat dari semua sudut, kemungkinan ada penglibatan orang dalam, kemungkinan ada kecuaian.

Advertisements

“Kita sudah rakam keterangan guru besar berkenaan dan akan ada lagi pihak akan dirakam keterangan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat ke-19 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, pada Selasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Semalam, media melaporkan wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, lesap disyaki disamun penjenayah.

Wang yang dikeluarkan dari sebuah bank oleh pengetua sekolah berkenaan di Pekan Semenyih pada jam 10 pagi itu sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan