32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Hutang negara termasuk liabiliti cecah RM1.5 trilion – Anwar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

NEGARA kini berdepan bebanan hutang sebanyak RM1.2 trilion dan jumlahnya boleh mencecah sehingga RM1.5 trilion sekiranya digabungkan bersama aspek liabiliti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wakil-wakil kementerian perlu menerima hakikat hutang negara tersebut dan tidak boleh berada dalam situasi selesa.

“Masalahnya ialah hutang kerajaan sudah mencecah hampir RM1.2 trilion, ini kenyataan meskipun ada yang pertikai kerana kenyataan boleh berubah-ubah. Kalau termasuk liabiliti, ia sudah cecah RM1.5 trilion.

“Jadi, wakil-wakil kementerian harus terima kenyataan ini dan tidak boleh berasa selesa seperti seolah-olah semuanya baik sahaja dan catat kejayaan yang baik.

“Itu kenyataan hambar dan bertentangan dengan data. Sebab itu kita mulakan dengan berikan angka sebenar, ada cara pendekatan berbeza, kita tidak boleh tangani ekonomi 2023 kalau ada budaya selesa dan tidak mampu pacu ekonomi diharapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan negara mampu menyelamatkan sehingga RM10 bilion daripada kebocoran terus berlaku dalam sistem perolehan kerajaan jika amalan rasuah dapat dihentikan di semua peringkat.

Ujar beliau, ini termasuk pengubahsuaian pendekatan cara lama termasuk tanpa campur tangan politik atau kepentingan golongan peniaga besar dalam sebarang kontrak kerajaan.

“Walaupun baru mengetuai Kementerian Kewangan tidak sampai dua bulan, namun saya sudah mengenal pasti berlaku kebocoran tinggi sekitar RM3 bilion ke RM4 bilion yang boleh diselamatkan termasuk yang ‘dialihkan’ kepada parti politik tertentu.

“Kita boleh selamatkan mungkin RM10 billion dari kebocoran yang terus berlaku dalam sistem perolehan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan