29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 23, 2024

Had laju kurang 10km/j di Jalan Persekutuan mulai esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) menetapkan had laju di Jalan Persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 km/j menjadikan had laju daripada 90 km/j kepada 80 km/j yang akan berkuatkuasa mulai esok hingga 27 Januari 2023 bersempena Sambutan Tahun Baru Cina 2022 yang bakal disambut.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pewartaan pengurangan had laju sementara ini merupakan antara langkah-langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil Kerajaan bagi meningkatkan keselamatan.

“Di samping itu, turut dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap kali berlaku di musim perayaan.

“Justeru, KKR akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengambil langkah-langkah awal mengadakan program pemantauan jalan raya secara berterusan,” katanya pada Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Perayaan Tahun Baru Cina 2023 di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Nanta berkata, KKR amat prihatin akan isu keselamatan jalan raya khususnya di Jalan Persekutuan serta lebuh raya seluruh negara.

“KKR telah mengenal pasti sebanyak 76 lokasi kerap berlaku kemalangan (blackspots) bagi tahun 2023.

Kata beliau, bagi rekod pembaikan blackspots yang telah dilaksanakan di jalan-jalan Persekutuan seluruh negara pada tahun 2022, sebanyak 53 lokasi telah dilaksanakan pembaikan dengan kos berjumlah RM17.2 juta.

Advertisements

“Melalui Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya di bawah kementerian ini, pelbagai usaha dilaksanakan seperti kerja merawat dan memperelok lokasi kerap berlaku
kemalangan, mengenal pasti dan memperbaiki lokasi kerap berlaku kemalangan di jalan raya Persekutuan yang dikenali sebagai kawasan blackspots, dijalankan untuk mengurangkan kadar kemalangan yang disebabkan oleh faktor kejuruteraan jalan.

“Pembaikan yang dilaksanakan ini adalah bersifat penyelesaian kos rendah dan berimpak tinggi.

“Manakala, bagi rekod pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap yang telah dilaksanakan di Jalan-jalan Persekutuan seluruh negara pada tahun 2022, sebanyak 40 lokasi telah dilaksanakan pemasangan lampu jalan dengan kos berjumlah RM4.7 juta.

“Program ini akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2023 supaya aspek keselamatan jalan raya dapat dipertingkatkan,”katanya.

Beliau berkata, para pengguna jalan raya dinasihatkan agar mengamalkan sikap lebih berhati-hati dan berhemah semasa memandu di lokasi blackspots ini.

“KKR melalui Jabatan Kerja Raya akan sentiasa memantau lokasi-lokasi blackspots yang telah dikenal pasti bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

“Manakala bagi pengguna lebuh raya adalah dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang
disediakan semasa melalui ke semua plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan