27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Izinkan pemulihan segera Malaysia, pesan Najib

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKYAT diminta izinkan pemulihan segera Malaysia biarpun adanya perasaan benci terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu pesan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, walaupun ada sebahagian rakyat tidak bersetuju dengan pembentukan kerajaan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) namun apa yang penting Malaysia perlu keluar dipulihkan.

“Tidak suka Barisan Nasional kerjasama dengan Pakatan Harapan serta parti-parti lain dalam kerajaan seperti dititah Yang Di-Pertuan Agong? Tidak mengapa.

“Benci Anwar? Suka hati kawan-kawan.

Advertisements

“Tetapi paling utama, harap semua izinkan Malaysia untuk pulih secepat mungkin demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara,” katanya.

Najib yang kini menjalani hukuman penjara selama 12 tahun berkata, negara kini mengalami tempoh yang amat susah sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Katanya, ini ekoran keadaan kerajaan yang tidak stabil termasuk pertukaran lima Perdana Menteri daripada beliau sehinggalah Anwar dalam tempoh empat tahun serta cabaran pandemik Covid-19.

Pada masa yang sama beliau mendoakan agar perkara-perkara yang terbaik untuk negara dan rakyat sepanjang lima tahun akan datang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

KUMPULAN Richiamo Sdn Bhd mengumumkan penstrukturan syarikat dengan melibatkan pertukaran dan pelantikan baru bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan...

Lagi Artikel Berkaitan