25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tidak wajar terus pertikai pelantikan Anwar sebagai PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA pihak diminta berhenti mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana proses tersebut telah selesai.

Pengerusi NGO Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata, kuasa melantik seorang anggota Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri yang pada hemat Yang di-Pertuan Agong mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat adalah kuasa mutlak Baginda.

Sehubungan itu, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak wajar dipertikaikan lagi.

“Tumpuan kini haruslah untuk membentuk sebuah kerajaan yang mampu menunaikan tugas dan berkhidmat utk rakyat dan negara.

“Dalam keadaan sekarang yang diperlukan bukan saja perpaduan nasional, tetapi juga rekonsiliasi nasional,” katanya hari ini.

Annuar turut menyeru semua pihak agar terus memperkasakan muafakat dan kerjasama.

Advertisements

“Satu proses pemulihan yang dapat membangkitkan semula keutuhan dan kekuatan negara bangsa yang mampu mendepani cabaran ekonomi, sosial dan politik global yg kian mencabar.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar semua 221 orang ahli Parlimen yang telah terpilih itu akan menunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

“Semoga Parlimen Malaysia menjadi tempat suburnya amalan demokrasi berparlimen negara kita dengan nilai dan etika anggotanya yang boleh dibanggakan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 Jumaar lalu selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong yang sebelum itu mendapatkan titah pandangan daripada Raja-raja Melayu.

Ia ekoran tiada parti dan parti gabungan yang berjaya mendapat majoriti mudah ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu menyebabkan Parlimen tergantung.

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan