Thursday, June 4, 2026

Pemuda UMNO sokong ketegasan Anwar

Langkah tersebut boleh mengelak penyelewengan serta ketirisan wang kerajaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO menyokong penuh ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu berlaku lagi kelulusan perolehan tanpa tender di bawah kerajaan baharu pimpinannya.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut boleh mengelak penyelewengan serta ketirisan wang kerajaan.

“Sokong 100 peratus. Tutup ruang segala bentuk yang boleh menjurus kepada ketirisan, kebocoran, penyelewengan dan rasuah,” katanya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, budaya lama pemerintah yang meluluskan projek tanpa tender perlu dihentikan.

Beliau berkata, ini mengelak berlaku kebocoran dan ketirisan yang berleluasa. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan