28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Budaya lama lulus projek tanpa tender perlu dihentikan – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BUDAYA meluluskan projek tanpa tender sepertimana menjadi budaya pemerintahan terdahulu perlu dihentikan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri juga berkata, segala kebocoran dan ketirisan dalam tender-tender kerajaan yang berleluas sebelum ini juga mesti dihentikan.

Tegas Anwar, rakyat sedang menunggu perubahan yang dibawa dan sehubungan itu, beliau mengajak penjawat awam yang dianggap sebagai wahana ke arah perubahan untuk bersama dalam satu pasukan yang kuat dan jitu demi pertiwi.

“Saya singkap pencapaian yang pernah kita capai di masa lalu, dan ia tidak mungkin tercapai tanpa dukungan penuh penjawat awam yang menjadi tunggak penting,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Sulung Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrjaya hari ini.

Hadir sama, Peguam Negara Tan Sri Idris Harun dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar berkata, perkara seumpama itu telah ditegaskan sewaktu beliau memimpin Kementerian Kewangan suatu ketika dahulu.

“Rakan-rakan pernah tahu semasa saya Menteri Kewangan, arahan saya yang pertama ialah melarang sama sekali keluarga saya atau orang terdekat untuk diberikan kepentingan dalam apa-apa kelulusan projek kerajaan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan