25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Saarani angkat sumpah Menteri Besar Perak

Saarani, Pengerusi BN Perak dan Pengerusi UMNO Perak ADUN Kota Tampan sejak 2004 dan pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 10 Disember 2020.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Dewan Undangan Negeri Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah Kuala Kangsar petang tadi.

Ini selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Upacara mengangkat sumpah jawatan nombor satu negeri itu berlangsung pada pukul 5.30 petang.

Perak menjadi negeri pertama yang menteri besarnya mengangkat sumpah, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu.

Selain Perlis dan Pahang, Perak negeri ketiga yang melaksanakan Pilihan Raya Umum peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Advertisements

DUN Perak mempunyai 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan memerlukan sokongan 30 ADUN bagi mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Pada PRU15, Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing mendapat 24 dan sembilan kerusi sekali gus membentuk kerajaan negeri baharu di Perak.

Kerajaan negeri sebelum ini dibentuk dengan gabungan tiga parti iaitu BN, BERSATU dan PAS.

Saarani, Pengerusi BN Perak dan Pengerusi UMNO Perak ADUN Kota Tampan sejak 2004 dan pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 10 Disember 2020.

Pada PRU15, Saarani mendapat 5,468 undi menewaskan Mohd Jamil Yahya (Perikatan Nasional) dan Mohd Sabri Abdul Manaf (PH). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan