27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Aliff Syukri mengaku tak bersalah buat video sumbang

Aliff Syukri, 35, selaku orang kena saman (OKS), hadir di mahkamah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini, atas empat pertuduhan membuat video bersifat sumbang, April lalu.

Aliff Syukri, 35, selaku orang kena saman (OKS), hadir di mahkamah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April lalu, yang dilihat pada 24 April di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya.

Aliff Syukri didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Advertisements

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dilaporkan memanggil individu terlibat dalam klip video muzik sempena Aidilfitri dikaitkan dengan usahawan kosmetik terbabit yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut yang dikatakan tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan