28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Syor SPR tetap tarikh PRU15 tidak jejas operasi persekolahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) syorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 (PRU-15) pada waktu cuti sekolah khususnya pada Sabtu bagi mengelak operasi sekolah terjejas.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata, biasa secara umumnya kita lihat PRU sebelum ini dibuat pada hari minggu dan kita berharap begitulah keadaan kali ini supaya tidak jejaskan operasi sekolah.

“Kalau hari Ahad lain pula ada negeri yang bersekolah ada yang tak sekolah, kita tidak tahu apakah tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak SPR.

“Apa yang paling penting pada hari Sabtu umumnya kita perkara dah lalui sebelum ini. Cuma kalau hari persekolahan operasi akan terjejaslah,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui media selepas membuat Pelepasan Peserta PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) Peringkat Putrajaya – Genting Highlands, di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

SPR dalam kenyataan kelmarin memaklumkan akan bermesyuarat pada 20 Oktober ini bagi menentukan tarikh penting bagi PRU-15, termasuk hari penamaan calon, pengundian awal serta hari mengundi.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, KPM ada membuat perbincangan dengan SPR berkenaan penggunaan sekolah, tetapi tidak membabitkan penggunaan sekolah pada hari bersekolah.

“Perlu diingat, SPR untuk menyediakan tempat ini juga bukan sehari. Penyediaan tempat mungkin akan ambil masa sehari sebelumnya.

“Sebab itu, kalau ia diadakan pada Sabtu memudahkan semua orang, termasuk pihak sekolah dan ibu bapa. Perkara begini SPR lebih maklum dalam membuat keputusan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan