24 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

KPM beri jaminan kenaikan kadar bayaran RMT tidak terjejas

Kenaikan kadar itu yang diumum ketika pembentangan Bajet 2023 Jumaat lalu, tidak menggunakan peruntukan belanjawan untuk tahun depan, sebaliknya menggunakan dana yang sudah tersedia.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan kadar bayaran bagi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dinaikkan bermula bulan ini tidak terjejas susulan pembubaran Parlimen dan Bajet 2023 belum diluluskan Dewan Rakyat.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kenaikan kadar yang diumum ketika pembentangan Bajet 2023 Jumaat lalu, tidak menggunakan peruntukan belanjawan untuk tahun depan, sebaliknya menggunakan dana yang sudah tersedia.

“Kita sedang bincang (jumlah) peruntukan itu. Biasa kalau sudah umum, maknanya sudah ada peruntukannya.

“Kita akan bincang balik dengan Kementerian Kewangan apa pendekatan pelaksanaan untuk tahun ini.

“Ia bukan bajet tahun depan tapi bajet tahun ini. Kita sedang teliti dan sedang dilihat di peringkat kementerian apakah pendekatan yang kita akan gunakan.

Baca juga:   ‘Kami lari sebab kawan lari…’ - alasan dua tahanan Rohingya lolos

“Kalau ikutkan peruntukan tahun ini, kena bincang dan rujuk dengan Kemenetrian Kewangan dan secara umunya tidak terlibat bajet tahun depan,”katanya.

Beliau berkata demikian ditemui media selepas membuat Pelepasan Peserta PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) Peringkat Putrajaya – Genting Highlands, di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Radzi berkata, berkaitan bajet tahun depan sekiranya Perikatan Nasional (PN) kembali jadi kerajaan pemberian kadar bayaran RMT menjadi keutamaan dan kita akan teruskan.

Dalam pembentangan Bajet 2023 Jumaat lepas, kerajaan akan menaikkan kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 sen kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Baca juga:   Radzi buat 'homework' tak? Tanya Puad Zarkashi

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kenaikan kadar itu akan berkuat kuasa pada bulan ini juga.

“Sejumlah RM777 juta disediakan iaitu peningkatan signifikan berbanding RM280 juta pada tahun 2020 atas peluasan penerima, kenaikan kadar dan penyediaan bekalan susu setiap hari.

“Dengan itu, lebih 800,000 murid serta 7,300 pengusaha makanan dan pembekal susu tempatan akan menerima manfaat daripada penambahbaikan ini,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan