26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ban pecah di dua lokasi di Tanjong Karang

Kejadian kira-kira jam 7 pagi menyebabkan limpahan air berlaku ke arah jalan raya dan kawasan berhampiran.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEJADIAN ban pecah dilapor berlaku di dua lokasi sekitar Tanjong Karang hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dua lokasi yang terjejas itu adalah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.

Beliau berkata, kejadian kira-kira jam 7 pagi menyebabkan berlaku limpahan air naik ke jalan raya dan kawasan berhampiran.

Advertisements

“Pada masa sama, paras air di sekitar lokasi berada pada kedalaman antara 0.3 meter (m) hingga 0.9 m,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kejadian ban pecah turut mengakibatkan limpahan air berlaku ke jalan raya dan kawasan berhampiran.

Bagaimanapun katanya, tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.

“Pihak bomba akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan