26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Permohonan sebagai pemerhati PRU15 dibuka hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) mempelawa individu yang berminat untuk menjadi pemerhati Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan permohonan dibuka bermula hari ini.

Setiausaha, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, urusan permohonan sebagai pemerhati bagi PRU15, dibuka bermula hari ini dan akan ditutup pada 21 Oktober 2022.

“Permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Advertisements

“Sila layari Portal SPR di alamat https://www.spr. gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun Borang Permohonan,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses-proses pilihan raya seperti proses penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi, pengiraan undi dan penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.

“SPR mengingatkan agar mereka yang berminat untuk menyertai program ini supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan