27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Enam kain rentang berbentuk provokasi dikesan

Tindakan itu dipercayai dibuat tidak kurang 24 jam susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembubaran Parlimen semalam.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Kota Tinggi mengesan enam kain rentang berbentuk provokasi memaparkan ketidakpuasan berhubung isu politik dan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang digantung di enam lokasi awam di sekitar daerah Kota Tinggi, Johor.

Tindakan itu dipercayai dibuat tidak kurang 24 jam susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembubaran Parlimen semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi telah berjaya mengesan enam tempat awam yang digantung kain rentang itu pada Isnin.

“IPD Kota Tinggi memberi amaran keras akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam perbuatan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Menurut beliau, mana-mana pihak yang ingin menggantung sebarang kain rentang atau sebagainya perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada Majlis Daerah Kota Tinggi.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan mana-mana individu atau kumpulan tidak mencetuskan provokasi yang akan mengganggu gugat keamanan daerah Kota Tinggi.

“Polis boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam perbuatan ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan