24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pertama kali pembangkang takut hadapi PRU15

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BUAT pertama kalinya dalam sejarah sistem demokrasi, pembangkang takut dan tidak mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Itu pandangan dan anggapan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yang melihat kepada pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pihak pembangkang selepas Parlimen dibubarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Katanya, jika dilihat, siapa yang tipu perbodoh rakyat pada PRU14 dengan janji harapan palsu?

“Siapa yang tumbangkan kerajaan sendiri selepas berlaku perebutan kuasa yang hebat antara Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri?

Advertisements

“Lepas 22 bulan penuh dengan kehancuran gagal menjamin kestabilan negara dan rakyat walau diberi mandat.

“Siapa yang khianat? Jadi eloklah kalian terus jadi pembangkang untuk penggal seterusnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini pemimpin pembangkang menolak PRU15 diadakan pada tahun ini dengan alasan musim banjir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan