26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

RUU Sumbangan Dana Politik dibentang November ini

Perkara berkenaan telah dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti sebelum RUU dimuktamadkan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN sekali lagi menzahirkan keyakinan dan komitmen bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Berkaitan Sumbangan Politik akan dapat direalisasikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, RUU itu dijangka dibentangkan bagi bacaan pertama pada awal November, disusuli dengan bacaan kedua pada hujung bulan yang sama.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata, Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) telah menyediakan skop dan parameter dasar yang digariskan dalam RUU Sumbangan Politik.

Perkara itu, ujar Wan Junaidi, telah dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti sebelum RUU berkenaan dapat dimuktamadkan.

“Satu sesi libat urus bersama wakil ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang akan diadakan pada 28 September ini bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara dasar bagi RUU Sumbangan Politik yang sedang digubal.

“Selain itu, RUU ini juga telah mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang telah diadakan bersama pihak pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) seperti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) serta pakar akademik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, Wan Junaidi berkata, RUU Sumbangan Politik dijangka dapat dibentangkan pada sidang Parlimen, Oktober depan.

Beliau dalam masa yang sama berkata, beberapa sesi perbincangan dalaman juga telah dibuat bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memperincikan dasar penggubalan RUU berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, inisiatif untuk memperkenalkan undang-undang yang mengawal selia dana politik pernah diusahakan oleh kerajaan pada 2015 melalui penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).

Begitu pun, katanya, hasrat untuk memperkenalkan undang-undang tersebut tidak terlaksana.

“Usaha tersebut sekali lagi dilakukan melalui cadangan kerangka perundangan bagi RUU Sumbangan Politik kerajaan pada November 2019 kepada Parlimen untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang.

“Tetapi, hasrat berkenaan turut tidak kesampaian,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan