31 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

208 PATI Filipina diusir pulang ke negara asal

Semua PATI berusia antara 23 bulan hingga 69 tahun melibatkan 97 lelaki, 60 wanita dan 51 kanak-kanak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Sabah melaksanakan program pengusiran pulang seramai 208 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina, semalam.

Pengarahnya, SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, semua PATI berusia antara 23 bulan hingga 69 tahun itu melibatkan 97 lelaki, 60 wanita dan 51 kanak-kanak yang ditahan di Depot Tahanan Sandakan.

Beliau berkata, kesemua PATI itu sebelum ini ditahan melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pengusiran keluar dari negara.

“Oleh itu semua warga asing diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja (untuk bekerja di Sabah) terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Rakyat Arab Saudi dibenar solat di Masjidilharam selepas 7 bulan

Sitti Saleha berkata, semua agensi penguatkuasaan di Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

“Operasi pengusiran ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah.

“JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pengusiran PATI etelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara,” katanya.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bendera Israel, Malaysia: Kesal video akhir 2019 dimanipulasikan

NOTA Umrah DIY berasa kesal dan kecewa apabila video dari hantaran pihaknya di media sosial memaparkan video bendera Israel...

Lagi Artikel Berkaitan