26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bayaran BKM Fasa 3, rayuan mulai 20 September ini – PM

Sehingga September, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMBAYARAN Fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

Menurutnya, ia terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang serta individu yang telah lulus rayuan BKM.

“Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900.

“Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan kerajaan pada Jun yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Ismail Sabri lagi, sehingga September ini, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan.

Menurut beliau, semakan status pembayaran untuk Fasa 3 boleh dibuat mulai 20 September ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Sementara bagi Fasa 4 pula, Ismail Sabri menambah bayaran berjumlah RM2.1 bilion dijangka disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember depan.

“Kerajaan kekal komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial akan terus diberi tumpuan di dalam Bajet 2023,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan