Monday, June 15, 2026

Polis cekup lelaki ekori remaja perempuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang lelaki kerana mengganggu seorang remaja perempuan dengan mengekorinya sehingga ke rumah di Taman Dagang, Ampang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa berusia 17 tahun memaklumkan dia diekori suspek berusia 32 tahun dari tempat letak kereta sehingga ke rumahnya pada 3.45 petang.

“Semasa menaiki tangga di blok rumahnya, suspek mengekori mangsa secara rapat dan cuba untuk memegang remaja berkenaan sebelum dia terus melarikan diri dengan memanggil kakaknya.

“Suspek kemudian membuat kacau di hadapan rumah mangsa dan turun ke bawah blok semula.

“Mangsa kemudian meminta bantuan tunang kakaknya yang menahan suspek sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menahan semula suspek di lokasi terbabit pada 4.20 petang dan semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan dadah.

“Suspek direman empat hari bermula semalam hingga 7 September ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan