Tuesday, June 16, 2026

Tambah baik ekosistem pendidikan termasuk tugasan guru

Transformasi berkenaan juga diharap akan memberi impak dan manfaat besar kepada semua.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) kini melaksanakan strategi dalam menambah baik ekosistem pendidikan sedia ada termasuk perihal tugasan serta tanggungjawab guru.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, adalah menjadi harapan beliau agar agar transformasi pendidikan yang KPM usahakan ini mampu merubah dan menjadikan sistem pendidikan menjadi lebih hebat.

Menurut beliau, transformasi berkenaan juga diharap akan memberi impak dan manfaat besar kepada semua.

“Malam tadi saya bersama-sama rakan strategik KPM dalam sesi Bicara Eksekutif Transformasi Pendidikan KPM.

“Saya mengambil peluang ini untuk menjelaskan beberapa perkara yang telah, sedang dan akan diusahakan oleh pihak KPM dalam agenda memperkasa pendidikan negara melalui transformasi pendidikan.

“Saya juga ada menyentuh tentang strategi KPM mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta strategi dalam menambah baik ekosistem pendidikan sedia ada, termasuk perihal tugasan dan tanggungjawab guru,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Namun menurut beliau, untuk menjayakan usaha transformasi tersebut, pastinya KPM memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak.

“Segala yang diikhtiarkan ini adalah demi masa depan anak-anak kita,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan strategik KPM, ibu bapa serta warga KPM yang sentiasa komited dalam menjayakan usaha-usaha KPM.

“Berilah kepercayaan kepada KPM untuk melaksanakan perubahan demi perubahan agar sistem pendidikan kita dapat bersaing seiring dengan negara-negara hebat yang lain. InsyaAllah,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan