26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Muhyiddin tidak pernah tawar jawatan TPM kepada Shafie Apdal

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal seperti didakwa dalam satu laporan portal baru-baru ini.

Perdana Menteri, dalam kenyataan dua perenggan hari ini berkata, dakwaan Mohd Shafie itu tidak benar dan adalah sebagai andaian Ketua Menteri Sabah itu semata-mata.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah sekalipun menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau pada bulan Mac selepas saya menjadi Perdana Menteri, seperti yang didakwa.

Advertisements

“Saya menyifatkan kenyataan Mohd Shafie dalam wawancara sama yang menyatakan: “Beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu ‘’ sebagai tidak benar,” tambahnya.

Mohd Shafie dalam wawancara Selasa lalu mendakwa Muhyiddin pernah menawarkannya untuk menyertai kabinet Perikatan Nasional (PN) sebagai timbalannya.

Mohd Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna, mendakwa Muhyiddin telah menghubunginya untuk mendapatkan sokongan Warisan supaya dapat memperkuat PN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan