Sunday, June 14, 2026

Malaysia raih enam anugerah dalam IMO 2022 di Oslo

Raih satu pingat emas, satu perak, satu gangsa dan tiga hadiah saguhati menjadikan negara berada di tangga ke-44 daripada 104 negara yang bertanding

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA berjaya meraih enam anugerah dalam International Mathemathical Olympiad (IMO) 2022 ke-63 yang berlangsung di Oslo, Norway baru-baru ini.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), kejayaan merangkul satu pingat emas, satu perak, satu gangsa dan tiga saguhati itu meletakkan Malaysia di tangga ke-44 dalam kalangan 104 negara yang bertanding.

Pasukan negara dianggotai oleh enam peserta termasuk adik Leia Mayssa Masyerin, murid sekolah menengah dari Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Sebelum ini, pasukan Malaysia diwakili oleh peserta lelaki dan adik Leia merupakan peserta perempuan ketiga yang layak mewakili pasukan Malaysia sejak tahun 1995,” kata KPM menerusi Facebook hari ini.

KPM berkata, Malaysia telah menyertai IMO sejak tahun 1995 bagi memberi peluang murid bersaing dalam bidang matematik di peringkat antarabangsa dan penyertaan kali ini adalah kali ke-28.

“IMO merupakan pertandingan matematik antarabangsa terbesar dunia telah mengumpulkan seramai 589 peserta dari 104 buah negara pada tahun ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan