28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Keadaan inflasi masih terkawal – Tengku Zafrul

MoF juga telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan 3.1 mengenai langkah penjimatan untuk dilaksanakan oleh semua Kementerian dan agensi kerajaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEADAAN inflasi di Malaysia masih terkawal dan berada dalam keadaan sederhana, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz.

Beliau berkata, kadar inflasi di negara ini masih rendah berbanding negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) yang mencatatkan 9 peratus.

“Kadar inflasi di Malaysia adalah terkawal, pada kadar 2.2 peratus untuk tempoh suku pertama dan kedua 2022.

“Tetapi baru-baru ini, mencatat 2.8 peratus untuk bulan Mei ada kenaikan sedikit manalaka pada bulan yang sama di negeri-negeri maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom mencecah 9 peratus manakala Thailand 7 peratus dan Filipina lebih 7 peratus.

“Jadi kadar inflasi Malaysia boleh dianggap sederhana berikutan kawalan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas. Di samping penyediaan subsidi kerajaan juga menyediakan bantuan tunai kepada golongan berpendapatan rendah.

“Bantuan Keluarga Malaysia merupakan bantuan tunai langsung dan peruntukan RM8 bilion,” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian ketika menjawab sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT), pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, Kementerian Kewangan juga telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan 3.1 pada 14 Julai 2022 mengenai langkah penjimatan untuk dilaksanakan oleh semua Kementerian dan agensi kerajaan bagi menampung sebahagian daripada keperluan subsidi tambahan.

“Antara langkah pekeliling tersebut adalah kawalan terhadap lawatan ke luar negara, barangan import, serta penangguhan perbelanjaan yang belum komited.

“Namun, saya juga ingin menegaskan bahawa langkah-langkah yang berpaksikan kesejahteraan rakyat akan tetap diteruskan,” katanya lagi.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kajian subsidi bersasar masih lagi di peringkat dalam usaha mewujudkan mekanisme pemberian subsidi petrol.

Katanya, pelaksanaan itu memerlukan pengujian lebih meluas daripada segi kaedah pemberian subsidi dan kebolehlaksanaan sebelum ia boleh dilaksanakan.

“Pembangunan subsidi bersasar juga memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan sebelum kita betul-betul bersedia untuk dilaksanakan di seluruh negara,”katanya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan