26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 14, 2022

SOP diperketatkan jika kes COVID-19 meningkat

Individu sihat berumur antara 50 dan 59 tahun menjadi kumpulan terbaharu yang disyorkan ambil dos penggalak kedua.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROSEDUR operasi standard (SOP) mungkin akan diperketatkan semula sekiranya kes Covid-19 terus meningkat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan berharap rakyat terus patuh pada pematuhan SOP yang diguna pakai sejak menghadapi pandemik berkenaan.

“Cukup setakat beri peringatan kepada orang ramai untuk terus patuh dengan SOP yang masih ada, pakai pelitup muka di kawasan tertutup.

“Namun, sekiranya kes meningkat, perlu kerajaan buat keputusan pertimbang nak ketatkan atau tidak.

“Tetapi, saya harap pematuhan secara sukarela dapat dimantapkan tanpa ada paksaan atau penguat kuasa melalui undang-undang yang dipakai sejak dua tahun lepas,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Sabri Azit (Pas-Jerai).

Baca juga:   Pelitup muka, imbas MySejahtera tak lagi wajib mulai 1 Mei

Semalam, Kementerian Kesihatan mendedahkan, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 kategori tiga, empat dan lima Covid-19 ke hospital awam meningkat sebanyak 33 peratus bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-28 tahun 2022 (ME 28/2022).

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, individu yang sihat dan berumur di antara 50 dan 59 tahun menjadi kumpulan terbaharu yang disyorkan KKM untuk menerima suntikan dos penggalak kedua.

Khairy berkata, pengambilan dos berkenaan adalah pilihan kumpulan berkenaan sebagai usaha melindungi diri daripada sebarang risiko yang teruk.

“Saya juga pada hari ini ingin mengumumkan bagi pemberian dos penggalak kedua yang telah kita syorkan kepada individu berusia 60 tahun ke atas dan juga mereka yang berisiko tinggi iaitu 18 hingga 59 tahun.

Baca juga:   Long Tiger lari dari lokap sebelum perbicaraan bermula

Setakat ini, katanya, seramai 225,848 individu dalam kumpulan yang dibenarkan telah menerima dos penggalak kedua.-Edisi 9

Terkini

KPLB anjur program budayakan integriti JPKK

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melaksanakan lebih banyak Program Integriti dan Tadbir Urus Dana Kerajaan dalam kalangan Jawatankuasa...

Lagi Artikel Berkaitan