32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Tiket habis: Konsert Dewa 19 ditambah satu malam lagi

Konsert Ulang Tahun Ke-30 Dewa 19 sepatutnya berlangsung pada Sabtu 10 September sahaja.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA ramai yang tidak berkesempatan mendapatkan tiket Konsert Jelajah 30 Tahun Dewa 19 yang akan berlangsung pada 10 September ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur, kumpulan itu membuat keputusan untuk menambah persembahan mereka satu malam lagi.

Menurut ketuanya, Ahmad Dhani, konsert itu akan dilangsung selama dua malam berturut-turut iaitu bermula 9 September di tempat yang sama.

“Gokil (istilah merujuk kepada rasa kagum dan teruja) Malaysia!

“Dalam masa sejam tiket habis dijual. Kami sangat berbesar hati dengan sokongan Baladewa dan Baladewi di Malaysia khususnya Kuala Lumpur.

“Jadi untuk membalas sokongan dan rindu kalian, Dewa 19 akan menambah satu malam lagi untuk Baladewa semua. Konsert akan ditambah pada Jumaat, 9 September 2022 di lokasi sama.

“Dapatkan tiket kalian pada hari ini mulai jam 3 petang di laman yang sama,” katanya menerusi Instagram Dewa 19 @officialdewa19, awal pagi tadi.

Ahmad Dhani berkata, tiket untuk menyaksikan konsert malam pertama itu dijual mulai pukul 3 petang ini melalui laman ticket2u.com.my.

Beliau turut memberi peringatan supaya peminat tegar yang disebut sebagai Baladewa dan Baladewi segera merebut peluang tersebut.

“Kali ini, tolong jangan terlewat lagi membelinya kerana Malaysia adalah satu-satunya lokasi di mana kami muncul dengan dua konsert khas buat kalian,” katanya lagi.

Sebelum ini, tiket Konsert Jelajah 30 Tahun Dewa 19 habis disambar peminat sebaik kaunter jualan dalam talian dibuka pada pukul 11 pagi semalam.

Sambutan luar biasa bagi persembahan jelajah mega itu membuatkan ramai kecewa.

Menjelang persembahan di Kuala Lumpur, buat julung kali, Dewa 19 menghimpunkan empat vokalis mereka iaitu Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan Ello yang berkongsi satu pentas.

Konsert 30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu turut menampilkan beberapa bekas anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan