24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Lelaki hina Islam, Nabi Muhammad direman 4 hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA yang ditahan kerana mempersenda dan menghina Islam serta Nabi Muhammad melalui hantaran video di media sosial baru-baru ini, direman empat hari.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias terhadap lelaki berusia 35 tahun bermula hari ini sehingga Jumaat depan.

Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Advertisements

Semalam, polis menahan lelaki yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad melalui hantaran video di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.15 pagi berhubung seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video.

Katanya, suspek yang tidak bekerja, ditahan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, jam 11.30 pagi semalam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan