YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat menghadiri majlis graduasi dua anakanda Seri Paduka Baginda di London, United Kingdom (UK).
Kedua-dua anakanda Seri Paduka Baginda berdua ialah Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah yang telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi and Sosiologi.
Manakala Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah pula telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.
Kedua-dua mereka menuntut di Kampus Royal Hollowey, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom.
Istana Negara menerusi Facebook berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti tersebut.
Turut berangkat anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Ilisha dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Universiti of London kini tersenarai dalam 25 universiti terbaik di UK berdasarkan The Guardian University League Table tahun 2022 dan dirasmikan pada 30 Jun 1886 oleh baginda Ratu Victoria.
-EDISI9

