31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jangan terpedaya iklan ‘lesen terbang’ di Telegram – JPJ

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan dalam media sosial yang kononnya menawarkan lesen memandu tanpa perlu ke kelas dan ujian memandu.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu hantaran dalam Facebook berkata, pihaknya menerima beberapa laporan berkaitan satu iklan yang menawarkan ‘lesen terbang’ menerusi aplikasi Telegram.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati iklan berkenaan adalah palsu.

“Menerusi iklan itu, terdapat beberapa kategori lesen yang ditawarkan iaitu Lesen Motosikal Kelas B2, Kelas B, Lesen Motokar Kelas D, Kelas E, Lesen Vokasional GDL dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

“Difahamkan, iklan berkenaan menawarkan lesen memandu pada harga tertentu bermula dari RM350 hingga RM1,900.

“Justeru, orang ramai diingatkan jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan sedemikian,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan