31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pemuda UMNO desak Ganesparan diheret ke muka pengadilan

Mesti Baca

PEMUDA UMNO Malaysia mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas dan segera terhadap seorang individu, N. Ganesparan yang dengan sengaja membuat kenyataan menghina Islam dan raja-raja Melayu.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail menegaskan, kerajaan dan masyarakat tidak boleh memberi ruang kepada manusia durjana yang cuba mencabuli keamanan negara dan melecehkan nilai-nilai yang dihormati oleh rakyat Malaysia.

“Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk memastikan suspek ini dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas penyebaran rakaman video individu berkenaan yang dikenali sebagai Ganesparan yang membuat tuduhan dan kecaman terhadap agama Islam, Sultan Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Fariz Hazurin turut membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya terhadap individu berkenaan semalam, yang dipercayai sudah melarikan diri ke Jerman sejak 2017.

Tindakan suspek ini adalah suatu penghinaan yang tidak dapat diterima, terutama terhadap Islam dan institusi kesultanan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera menangkap suspek tersebut tanpa mengira kedudukan atau statusnya.

“Kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan untuk menyebarkan kebencian atau menghina agama.

Advertisements

“Kes ini menegaskan betapa pentingnya keselamatan dan keamanan negara serta menjaga kesopanan dan martabat institusi-institusi utama,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tiada tempat bagi individu yang melanggar undang-undang dan melecehkan kepercayaan masyarakat.

Justeru, beliau turut menyeru semua pihak bersatu dalam menegakkan keadilan dan menjaga keharmonian serta keselamatan negara.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sei Razarudin Husain berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang mengeluarkan kenyataan didakwa menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan PDRM.

Beliau berkata, sebanyak 21 kertas siasatan telah dibuka terhadap lelaki itu yang dikenali sebagai N Ganesparan itu.

Video yang dimuat naik Ganesparan di media sosial pada 23 Mac itu antara lain mendakwa PDRM pantas mengambil tindakan terhadap kepada rakyat berbangsa Cina yang menghina Islam.

Begitupun, katanya, tindakan sama tidak diambil terhadap beberapa individu seperti Zakir Naik, Firdaus Wong dan Zamri Vinoth yang dakwanya menghina agama bukan Islam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan