27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Selangor catat 1,491 kes tertinggi Covid-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELANGOR terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,491, meskipun kes baharu Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan semalam.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, turut menyumbang kepada jumlah kes harian adalah Kuala Lumpur (1,055), Perak (268), Pulau Pinang (232), Sabah (231), Negeri Sembilan (187), Melaka (108), Johor (86) dan Kedah (80).

Lain-lain, Pahang (70), Sarawak (38), Kelantan (32), Terengganu (31), Putrajaya (12), Perlis (lapan), dan Labuan (tujuh).

Semalam sahaja sebanyak 3,935 kes dilaporkan dengan satu kes import berbanding 5,047 kes kelmarin.

Advertisements

Dengan penurunan kes harian tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,585,143 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 30 kes aktif telah direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 42,511 manakala sebanyak 3,899 kes sembuh daripada Covid-19 juga telah direkodkan.

Pada masa sama, sebanyak 10 kematian telah dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,855 dan BID 7,605.

Sebanyak 40,933 kes dikuarantin di rumah, 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,484 kes di hospital, 23 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 38 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan