26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Maritim berjaya temui mangsa bot kayak terbalik kurang dua jam

Kejadian bot kayak terbalik lebih kurang 2 batu nautika barat laut Pantai Lutong, Miri.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menemui mangsa  bot kayak terbalik kurang dua jam dari maklumat awal yang diterima.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Miri telah menerima panggilan telefon pada pukul 9.45 pagi dari Balai Bomba Miri berikutan kejadian bot kayak terbalik bersama satu pemancing pada jarak lebih kurang 2 batu nautika barat laut Pantai Lutong, Miri.

“Menurut pengadu, mangsa menaiki kayak berwarna biru, memakai jaket keselamatan berwarna merah dan memakai baju berwarna Ungu.

“Sejurus menerima laporan berkenaan, aset Maritim Malaysia Bot KILAT 41 telah diatur gerak ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Ujar Mohd Shafie lagi, sekitar pukul 11.40 tengah hari, kru Bot KILAT 41 telah berjaya menemui mangsa dan di bawa ke Jeti Marina Bay bagi tindakan lanjut.

Menurutnya, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching telah menamatkan Operasi CARILAMAT pada pukul 12.18 tengah hari.

“… Maritim Malaysia turut merakamkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi sahabat serta orang awam yang telah terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat pada pagi tadi,” kongsinya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan