26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

DBKL gantung operasi kelab komedi

Dalam video berdurasi 53 saat berkenaan, Amy mengaku berketurunan Melayu, beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara operasi sebuah premis kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur serta-merta susulan isu tular seorang wanita menghina kesucian agama Islam.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pihak DBKL telah menjalankan siasatan lanjut terhadap lesen premis tersebut selain tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu sedemikian.

“Isu ini turut mendapat kecaman daripada penduduk berhampiran dan pengguna di media sosial yang berpendapat, video tular tersebut jelas dan terang merupakan perbuatan bertujuan menghina serta mencemarkan imej agama Islam.

“Justeru, ini sebagai suatu mesej jelas bahawa pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti melibatkan agama, bangsa dan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Jalaluddin berharap insiden seumpama itu tidak akan berulang lagi di mana-mana premis di dalam Wilayah Persekutuan mahu pun di seluruh negara.

Advertisements

“Sehubungan itu, operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa, di samping laporan orang awam juga sentiasa diperlukan bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan tindakan seorang pelawak wanita yang menanggal tudung dan membuka pakaiannya di hadapan ramai ketika mengadakan persembahan komedi solo di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam video berdurasi 53 saat berkenaan, Amy mengaku berketurunan Melayu, beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.

Video tersebut mengundang kecaman sehingga mendapat perhatian banyak pihak termasuklah golongan pendakwah, selebriti dan pelawak yang menyifatkan perbuatannya sangat memalukan dan menghina Islam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan