24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Agong, Permaisuri hadir solat sunat Aidiladha dan korban

Solat sunat Aidiladha diimamkan Imam Satu Masjid Tengku Ampuan Afzan, Mohd. Hafidz Mohamad Suhaile.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah kira-kira pukul 8.15 pagi.

Baginda disambut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan pentadbiran negeri serta Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.

Solat sunat Aidiladha diimamkan Imam Satu Masjid Tengku Ampuan Afzan, Mohd. Hafidz Mohamad Suhaile.

Kemudiannya, baginda bersama jemaah yang hadir bertakbir raya sebelum mendengar bacaan khutbah Aidiladha.

Advertisements

Al-Sultan Abdullah turut beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan baginda sebaik selesai khutbah Aidiladha.

Selesai mengerjakan solat sunat, Al-Sultan bersama Pemangku Raja Pahang, turut berkenan menunaikan ibadah korban di masjid itu. 

Sebanyak 23 ekor lembu termasuk dua ekor lembu kurniaan baginda dan seekor daripada Tengku Hassanal ditumbangkan dalam ibadah korban kali ini.

Baginda Al-Sultan kemudiannya berangkat meninggalkan majlis kira-kira pukul 9.45 pagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan