Tuesday, June 16, 2026

Keputusan peperiksaan SVM, PASM diketahui esok

Keputusan oleh diperoleh dari kolej vokasional atau sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2021 dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2021 akan diumumkan esok.

Perkara itu dimaklumkan Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, slip keputusan peperiksaan bagi calon SVM Semester 4 dan pelaporan PASM bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) boleh diperoleh daripada kolej vokasional atau sekolah masing-masing mulai 10 pagi.

Sementara itu Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dalam satu hantaran dalam Facebook berkata, keputusan berkenaan pasti ditunggu-tunggu oleh semua calon peperiksaan tersebut.

“Apa pun keputusannya, jalan terus ke depan! Pak cik percaya anak-anak telah melakukan yang terbaik,” kata beliau.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan