25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Radzi, Mustapa Ketua Perhubungan Kawasan PN Kelantan

Mesti Baca

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed antara Ketua Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Kawasan bagi negeri Kelantan.

Radzi akan mengetahui PN bagi Parlimen Ketereh sementara Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli akan mengepalai PN bagi kawasan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika mengumumkan nama-nama tersebut berkata, kesemua badan perhubungan itu dilantik oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin selaran dengan Fasal 22.2 (I) Perlembagaan parti itu.

Selain Radzi dan Mustapa, turut diumumkan ketua-ketua perhubungan bagi 11 lagi kawasan manakala bagi Parlimen Tumpat pula akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Advertisements

“Manakala pelantikan Ketua Badan Perhubungan Kawasan Perikatan Nasional bagi Tumpat pula akan dimuktamadkan dan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Parti Perikatan Nasional merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan ini dan percaya bahawa pelantikan ini dapat memperkasa gerak kerja dan jentera organisasi pilihan raya Parti Perikatan Nasional di peringkat akar umbi di seluruh negeri Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang,” kata Hamzah dalam kenyataan hari ini.

Berikut senarai Ketua Perhubungan Kawasan PN Negeri Kelantan:

  1. Pengkalan Chepa – Datuk Mohd Amar Abdullah (Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap ADUN Panchor)
  2. Kota Bharu – Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Menteri Tenaga dan Sumber Asli / Ahli Parlimen Kota Bharu).
  3. Pasir Mas – Datuk Hanifa Ahmad (Exco Kerajaan Negeri Kelantan/ADUN Pengkalan Pasir)
  4. Rantau Panjang – Abdul Fatah Harun (YDP Pas Rantau Panjang)
  5. Kubang Kerian – Abd Rahman Yunus (ADUN Pasir Tumboh)
  6. Bachok – Datuk Hassan Mohamood (ADUN Tawang)
  7. Ketereh – Datuk Dr Radzi Md Jidin (Menteri Kanan Pendidikan)
  8. Tanah Merah – Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Timbalan Menteri Pertahanan / Ahli Parlimen Tanah Merah)
  9. Pasir Puteh – Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail (Exco Kerajaan Negeri Kelantan / ASUN Selising)
  10. Machang – Datuk Dr Mohamed Fadli Hassan (Exco Kerajaan Negeri / ADUN Temangan)
  11. Jeli – Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) / Ahli Parlimen Jeli)
  12. Kuala Krai – Abdul Latiff Abdul Rahman (Ahli Parlimen Kuala Krai)
  13. Gua Musang – Datuk Mohd Azizi Abu Naim (Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang)

Pelantikan tersebut susulan pelancaran Perikatan Nasional peringkat negeri Kelantan oleh Muhyiddin yang berlangsung di Tanah Merah, semalam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan