26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Polis siasat derma darah dapat mi segera perisa daging babi

Pihak polis menerima satu laporan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi ketika program derma darah di sebuah pusat membeli-belah di Batu Patah, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata, pada pukul 11.38 pagi tadi, pihak polis menerima satu laporan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

“Siasatan awal mendapati, satu program derma darah anjuran bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ismail berkata, selepas selesai menderma darah, penderma darah menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.

Advertisements

Menurutnya, sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati di dalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

“Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu yang terbabit telah dipanggil dan beberapa rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan