28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Pasangan suami isteri ditahan disyaki edar ganja

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEPASANG suami isteri ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah ini dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Pilah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Amran Mohd. Ghani berkata, pasangan suami isteri berusia 64 dan 59 tahun itu ditahan pada pukul 12.15 tengah malam hasil serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

“Pemeriksaan di dalam rumah tersebut telah menjumpai dua ketulan mampat disyaki dadah berbahaya jenis ganja dianggaran seberat 923.10 gram.

Advertisements

“Pihak polis juga telah merampas barang untuk sitaan yang dipercayai hasil dari pengedaran dadah jenis ganja itu di sekitar daerah ini termasuk dua buah motosikal, barang kemas 51.2 gram dan wang tunai berjumlah RM490,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Amran, pemeriksaan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati positif dadah jenis ganja.

Katanya, kedua-dua suspek direman sehingga 2 Julai depan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya(ADB) 1952 dan Seksyen 5 (1)(a) ADB 1952.

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan