26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tajuddin sahkan ada gerakan desak Zahid undur

Gerakan itu diketuai oleh Timbalan Presiden, Mohamad Hasan dan pertemuan diadakan di rumah Tajuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini mengesahkan ada gerakan agar Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan Presiden dan perkara itu pernah dibincang oleh kepimpinan parti pada Mei 2020.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, gerakan tersebut diketuai Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan turut disertai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu.

Beliau berkata, perbincangan berkenaan dibuat bagi menyatakan kebimbangan kes-kes mahkamah yang terpalit pada Presiden itu sekali gus boleh menjejaskan imej UMNO.

“Tok Mat dan Bossku (Najib) dan lain-lain yang saya sebutkan tadi kita nak buat satu memorandum. Ia pada Mei 2020 dan erhimpunan itu dibuat di rumah saya.

“Kita nak minta dia turun secara baik. Kita tak naklah tendang-tendang. Minta kita buat tinjauan ketua-ketua bahagian.

“Berapa ketua bahagian yang setuju? Saya ingat 130 orang ketua bahagian. Perak 18 orang ketua bahagian. Selangor 17 ke apa,” jelasnya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Menurut beliau, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berdepan jumlah kes yang banyak sehingga menjejaskan kemampuannya menerajui sebuah parti yang besar seperti UMNO.

“Kita akan mengadakan pilihan raya. Lebih baik, orang kata, tumpu… selesaikan masalah dia. Kita doakan yang terbaik,” jelasnya.

Tajuddin percaya Ahmad Zahid akan berdepan kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap tugasnya selaku Presiden UMNO sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat.

“Pening kepala dia nak memikirkan turun naik mahkamah. Lebib baik dia tumpukan terhadap masalah peribadi dia.

“Jangan masalah peribadi dia itu membebankan UMNO,” ujarnya.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan