27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

COVID-19: 2,425 kes baharu, empat kematian direkod

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 2,425 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 4,547,051 kes.

Berdasarkan portal CovidNow juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan sebanyak empat kes kematian dilaporkan pada Rabu dan satu kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,741 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif COVID -19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 27,026 kes aktif COVID -19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 25,972 atau 96.1 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala empat individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,020 dimasukkan ke hospital.

Advertisements

Data itu juga menunjukkan sejumlah 30 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sejumlah 1,550 kes sembuh turut direkodkan dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,484,284 kes.-Edisi 9



Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan