30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Cacar monyet: Pengawasan sempadan Singapura ditingkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Johor akan meningkatkan pengawasan tahap tertinggi di pintu masuk laluan darat Johor-Singapura susulan pengesanan kes wabak cacar monyet di republik itu, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan wabak tersebut tidak merentasi Tambak Johor demi keselamatan rakyat di negeri ini.

“Notis peringatan berhubung perkara itu telah diedarkan kepada semua pegawai bertugas di sempadan Malaysia-Singapura sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya lapor Kosmo!.

Advertisements

Beliau berkata, kesemua pegawai di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura khususnya petugas Jabatan Imigresen Malaysia yang menjadi lapisan pertama diingatkan untuk melakukan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap pengembara yang memasuki negara ini.

“Sekiranya mereka menyedari dan mengesan individu mempunyai simptom cacar monyet, mereka perlu segera melaporkan kepada pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya.

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan