26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan setakat ini sebanyak sembilan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata semua kes yang baru dilaporkan ini tiada hubung kait dengan kes sebelum ini dan mereka yang dijangkiti sedang menjalani isolasi di hospital termasuk disahkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata individu yang dijangkiti menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul, manakala semua kontak bagi kes yang disahkan sudah dikenal pasti dan status kesihatan mereka juga sedang dipantau.

“Kes kelima positif jangkitan cacar monyet disahkan pada 10 November lalu membabitkan seorang lelaki warga tempatan berumur 40 tahun yang terbabit dalam aktiviti berisiko dan menunjukkan gejala demam dan lepuh pada 29 Oktober lalu.

“Kes keenam adalah seorang lelaki warga tempatan berumur 32 tahun yang menunjukkan gejala demam dan lepuh pada 7 November dan disahkan pada 12 November lalu.

“Kes ketujuh adalah kontak rapat kepada kes keenam, yang membabitkan seorang lelaki warga tempatan berumur 35 tahun yang menunjukkan gejala lepuh pada 11 November lalu dan disahkan pada 12 November lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Bagi kes kelapan, Dr Muhammad Radzi berkata ia membabitkan seorang lelaki warga tempatan berumur 26 tahun yang mempunyai sejarah penglibatan dalam aktiviti berisiko.

Katanya, individu berkenaan mengalami gejala demam, sakit kepala, sakit otot (myalgia), bengkak kelenjar (lymphadenopathy) dan ruam makulopapular sejak 6 November lalu dan disahkan pada 15 November lalu.

“Kes kesembilan membabitkan seorang lelaki warga tempatan berumur 47 tahun yang terbabit dalam aktiviti berisiko dan menunjukkan gejala demam dan ruam pada 8 November lalu dan disahkan pada 17 November lalu,” katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata KKM sentiasa memantau perkembangan terkini dalam dan luar negara berhubung penyakit cacar monyet.

Di samping itu, katanya KKM juga bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan terhadap penyakit cacar monyet di negara ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan