24.3 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025

Warga asing guna bas GoKL bakal dikenakan bayaran

Mesti Baca

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj secara berperingkat kepada warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas GoKL.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, caj itu membabitkan empat laluan di sekitar pusat bandar iaitu laluan 01 (hijau), 02 (ungu), 03 (merah) dan 04 (biru).

“Transaksi pembayaran adalah melalui kad Touch ‘n Go (TnG), kod QR, kad kredit ataupun kad debit.

“Bagi warganegara Malaysia yang menggunakan MyKad mempunyai sistemTnG dikehendaki membuat pendaftaran bagi menikmati perkhidmatan percuma.

Advertisements

“Perkhidmatan bas GoKL adalah percuma kepada semua kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah,” katanya.

Pendaftaran boleh dilakukan di kaunter Hentian Bas KLCC, Hentian Akhir Titiwangsa (Pekeliling) serta Hentian Akhir Pasar Seni mulai esok bermula jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari dan 2 petang sehingga 7 petang.

Pendaftaran juga boleh dilakukan pada setiap Rabu bermula 6 Disember di Lobi Menara DBKL 1 pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari dan 2 petang sehingga 4 petang.

Sebarang pertanyaan boleh emelkan di [email protected] atau di talian 03-2028 2314. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan