25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Pemuda UMNO harap Pakej Bantuan Khas diperluas kepada M40

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah isu-isu yang menyentuh keperitan rakyat ketika ini akibat kenaikan harga barang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO mengulangi hasrat Pakej Bantuan Khas Kerajaan bukan hanya dilaksanakan kepada golongan B40 sahaja, namun diperluaskan kepada sebahagian besar golongan berpendapatan sederhana (M40).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, golongan M40 hakikatnya juga terkesan dengan kenaikan kos yang mendadak.

Menurut beliau, perkara mengenai Pakej Bantuan Khas Kerajaan itu merupakan antara isu yang diperbincangkan dalam Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

“Antara perkara yang dibincangkan termasuklah isu-isu yang menyentuh keperitan rakyat ketika ini akibat kenaikan harga barang.

“Kami juga minta Kerajaan menyegerakan tindakan intervensi secara holistik dalam isu ayam termasuklah penubuhan Lembaga Unggas Negara yang mampu menangani penguasaan kartel yang seringkali memanipulasi harga dan bekalan ayam termasuk dedak,” katanya.

Baca juga:   Rakyat tuntut simpanan sendiri bukan sengaja - Asyraf

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Tahun lalu, Asyraf telah bertemu Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyuarakan keperluan golongan M40 yang turut terkesan akibat pandemik Covid-19.

Dalam pertemuan itu, beliau menerangkan mengapa rata-rata M40 meminta i-Citra dipercepatkan dan menaikkan kepada minimum RM10,000 secara penuh.

Golongan tersebut menurut beliau, sering tertinggal dalam mendapat bantuan tunai dan apabila disuarakan baru diumumkan pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC).

Dalam pada itu, Asyraf menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama menjayakan Karnival Kerjaya Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair di Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang bermula hari ini sehingga Ahad ini (22-26 Jun).

Baca juga:   Pemuda UMNO desak kelab komedi ditutup

“Lebih 20,000 peluang-peluang pekerjaan ditawarkan daripada lebih 300 majikan terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan, GLC, syarikat-syarikat konglomerat dan swasta yang berpartisipasi dalam Karnival Kerjaya kali ini,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan