34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Bayi 11 bulan meninggal di rumah pengasuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG bayi lelaki berusia 11 bulan maut di rumah pengasuhnya semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Serdang memaklumkan telah menerima seorang kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa daripada rumah pengasuh.

Menurutnya, keterangan daripada pengasuh telah pun diambil namun tiada sebarang tangkapan dilakukan.

“Setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut.

Advertisements

“Bedah siasat telah dijalankan hari ini di Unit Forensik Hospital Serdang dan keputusan bedah siasat adalah ‘Pending Laboratory Analysis’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zaid berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Orang ramai yang ada maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Insp Mohd Raziman bin Rasid di talian 019-4565502,” jelasnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan