29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tenun Pahang kebanggaan negara di London – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEINDAHAN tenunan Pahang kini mula tersohor di pentas dunia melalui platform pameran tekstil tenunan Pahang bertemakan ‘Menyulam Harapan’ (Weaving Hope) yang diadakan di Bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia bersempena ‘London Craft Week’ (LCW).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa gembiranya apabila sambutan bagi pameran berkenaan khususnya tenun Pahang mendapat sambutan amat menakjubkan.

“Saya dan Kerajaan menjunjung kasih KDYMM Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana memperkenalkan hasil tenunan Pahang di London.

“Baginda berkenan mengetuai delegasi negara ke pameran tekstil tenun itu yang bermula dari 9 Mei sehingga 15 Mei ini,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, ini merupakan penyertaan julung kali Malaysia dalam LCW.

Advertisements

Menurut beliau, lebih 300 produk tenunan yang dipamerkan di LCW adalah hasil kerja tangan banduan dari Penjara Penor dan Bentong sebagai usaha untuk mempromosikan produk kraf tempatan di luar negara.

“LCW disertai oleh lebih 250 pereka yang mewakili pelbagai jenama terkenal dunia,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia adalah salah sebuah daripada dua negara terpilih untuk menjayakan Pavilion Negara, yang ditampilkan bagi mengukuhkan festival itu sebagai platform berkongsi perspektif global, dan menyerlahkan perhatian terhadap London sebagai hab antarabangsa untuk mempertemukan pembuat dan kreativiti cemerlang dari seluruh dunia.

Diterajui Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pameran itu mengetengahkan program tenunan dari penjara, yang menampilkan tenunan tradisional lengkap dengan penenun bertugas, fabrik arkib dari Muzium Pahang dan pilihan pakaian Tunku Azizah sendiri, serta koleksi Tenun peribadi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan