31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pelajar meninggal dunia ketika merentas desa di Marang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Marang, Terengganu, meninggal dunia ketika sedang menjalani latihan merentas desa pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata dalam kejadian jam 8.34 pagi itu pelajar terbabit, Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, dikatakan terjatuh ketika sedang berlari dan pengsan.

Menurutnya, berdasarkan temu bual bersama beberapa saksi pelajar sekolah yang sama, mereka cuba memberi bantuan pernafasan namun keadaan mangsa semakin lemah.

“Guru yang bertugas membawa mangsa ke klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan, namun doktor memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Mohd Zain berkata, terdapat luka di bahagian atas kening sebelah kanan, calar di bawah dagu sebelah kiri dan calar di belakang tangan sebelah kiri yang dipercayai berlaku semasa mangsa terjatuh.

“Bapa mangsa membuat laporan polis dan menolak proses bedah siasat dilakukan kerana berpuas hati atas sebab kematian. Beliau juga menyatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya terjadi perkara berbangkit pada masa akan datang,” katanya.

“Hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan