26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM bangga pencapaian atlet Sukan SEA di Vietnam

Empat emas, satu perak, satu gangsa yang didulang para atlet terjun negara setakat ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENCAPAIAN empat pingat emas dan masing-masing satu perak dan gangsa atlet negara dalam Sukan SEA Vietnam 2021 setakat ini amat membanggakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, permulaan bagi acara sukan berprestij berkenaan merupakan permulaan yang baik bagi atlet negara Sukan SEA Vietnam 2021.

“Tahniah kepada penerjun Nur Dhabitah Sabri yang menghadiahkan emas pertama Malaysia, disusuli Ooi Tze Liang, Chew Yi Wei, Ng Yan Yee dan Ong Ker Ying.

“Pingat perak disumbangkan oleh Kimberly Bong dan gangsa oleh Bertrand Rhodict.

“Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan semangat juang mereka yang padu bagi mengharumkan nama negara,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Ismail Sabri menitipkan kata-kata sokongan kepada semua atlet untuk meneruskan perjuangan dan menguatkan semangat masing-masing.

“Kepada atlet-atlet kita, teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Selamat maju jaya!

Advertisements

Untuk rekod, Sukan SEA Vietnam 2021 akan berlangsung sehingga 23 Mei ini.

Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan emas pertama Sukan SEA 2021 dalam acara 1 meter (m) papan anjal wanita diikuti Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang memenangi emas kedua menerusi 3m papan anjal seirama lelaki.

Tze Liang menambah satu lagi emas dalam 1m papan anjal lelaki, manakala gandingan Wendy Ng-Ong Ker Ying menyumbang emas keempat acara 3m papan anjal seirama wanita.

Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 584 atlet meletakkan sasaran sebanyak 36 pingat emas di temasya berkenaan.

Semasa Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina, kontinjen negara mengutip 56 emas, 57 perak dan 72 gangsa, seterusnya menduduki tangga kelima keseluruhan berbanding sasaran tempat keempat.

Tuan rumah, Filipina dinobatkan juara diikuti Vietnam (kedua), Thailand (ketiga) dan Indonesia keempat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan